Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga lalang berikat benang, Bungkus mari dengan kain; Rimau diam nampak senang, Jangan tepuk nak buat main.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.



Lihat selanjutnya...