Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Arus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunung Jengal airnya deras, Tempat budak berulang mandi; Sudahlah kena menjadi culas, Terasa sedih di dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan togok laut tumpuk, Air deras udang tak masuk; Hari malam mataku mengantuk, Ambil api di puntung rokok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Adik mandi ke laut jangan, Kuala di laut sangat deras; Adik menyanyi ingat jangan, Kalau diingat sangatnya belas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Duduk di tanah Kelebang, Curi daging makanan Cik Tahir; Berapa deras dipukul gelombang, Belum mabuk ikan di air.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras

Puisi
 

Air pasang deras ke hulu,
     Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
     Bila senang mari pulak.



Lihat selanjutnya...