Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Arus deras Laut Bentan, Mati menteri ditikam paduka; Kalau asal permata intan, Jatuh di gelap cahaya jua.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Air pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yang kuda larinya deras, Biarpun jauh melompat juga; Orang tua hatinya keras, Biarpun lumpuh memanjat juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gunung Jengal airnya deras, Tempat budak berulang mandi; Sudahlah kena menjadi culas, Terasa sedih di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Payah sungguh membawa perahu, Hujan deras ombak menggila; Payah sungguh hamba merayu, Puan berkeras menolak hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ikan togok laut tumpuk, Air deras udang tak masuk; Hari malam mataku mengantuk, Ambil api di puntung rokok.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Basah kuyup orang di laut, Hujan deras ornbak melanda; Sudah cukup abang menurut, Adik berkeras habislah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Negeri Acheh negeri aman, Anak tekukur terbang deras; Bunga setangkai di dalam taman, Belum gugur belumlah puas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras

Puisi
 

Air pasang deras ke hulu,
     Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
     Bila senang mari pulak.



Lihat selanjutnya...