Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang tampak muka, pulang tampak punggung.

Takrif

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang tak berjemput, pulang tak berhantar.

Takrif

Tetamu yang tidak penting.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang seperti ribut, pergi seperti semut.

Takrif

Tentang penyakit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.

Takrif

Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang.

Takrif

Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang nampak muka, pergi nampak belakang.

Takrif

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Takrif

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Takrif

Malang yang bertimpa-timpa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sirih berlipat datang sendiri.

Takrif

Mendapat orang yang dicintai dengan tak payah berusaha; beroleh keuntungan dengan mudah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laut datang memunggah mutiara.

Takrif

Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.



Lihat selanjutnya...