Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Dalam berselam, dangkal berjingkat.

Takrif

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan.

Takrif

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pandai menyelam air dangkal.

Takrif

Pandai membawa diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok.

Takrif

Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. kumbah = mencuci dalam air.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Takrif

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dalam menyelam, cetek bertimba.

Takrif

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dangkal