Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Katan ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AFRODIT

Afrodit ialah dewi cinta dan kecantikan dalam

mitologi Yunani. Dewi orang Rome, Venus

mempunyai persamaan dengan Afrodit. Orang

Yunani percaya bahawa Afrodit mempunyai dua

ciri. Sebagai Afrodit Pandemos (Afrodit bagi semua

orang) ia menjadi penaung kepada cinta berahi.

Afrodit Urania (Afrodit Langit) mengilhami cinta

intelektual dan spiritual. Eros, dewa cinta, ialah

pasangannya dan menurut sesetengah mitos, Eros

ialah anaknya. Orang Yunani menyembah Afrodit

sebagai dewi kesuburan yang mewujudkan dan

mengekalkan kehidupan.

UMUM
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (19191999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM
AMADÍS OF GAUL

Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang

terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan

sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi

cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The

Four Books of the Virtuous Knight Amadís of

Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian

daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh

Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo.

UMUM
MINNESINGER

Minnesinger adalah satu kumpulan penyair

lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun

1100-an hingga 1300-an. Minnesinger

mendendangkan puisi mereka dengan iringan

muzik dalam acara-acara keramaian istana.

UMUM
ARIADNE

Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak

perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta

dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi

ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali

sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian

laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai

Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang

kepada Theseus apabila Theseus memasuki

Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan

dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus

membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete

bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di

Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di

sana dan mengahwininya.

UMUM
AL-AHWAS

Al-Ahwas (? 105 H. / ? 723 M.), salah seorang

penyair kisah cinta di Hijaz pada zaman

pemerintahan Umawiyyah. Nama penuhnya

Abdullah ibn Muhammad ibn Asim ibn Thabit al-

Awsi. Datuknya ialah Asim ibn Thabit, meninggal

dunia kerana demam akibat pertukaran musim. Dia

bergelar al-Ahwas kerana bermata juling.

UMUM
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (19151963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti La Vie En Rose dan Non, Je Ne

Regrette Rien.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud burung ciak), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM
MOORE, THOMAS

Moore, Thomas (17791852) ialah penyair

Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah

lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa

Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk Believe Me If All

Those Endearing Young Charms, The Last Rose of

Summer dan Oft in the Stilly Night. Moore

menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran

dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca

dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron

dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih

dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan

lagu.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta

Puisi
 

Pergi seberang naik perahu,
     Perahu berisi jerami padi;
Cinta adik abang tak tahu,
     Cinta adik sampai ke mati.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
338

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih tidak bersekutu dengan bijak

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...