Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Katan ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Bakar tak berapi.

Takrif

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Takrif

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya.

Takrif

Kasih sayang yang tak dapat dipisahkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Takrif

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.

Takrif

Cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.

Takrif

Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Takrif

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bertepuk sebelah tangan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta

Puisi
 

Pergi seberang naik perahu,
     Perahu berisi jerami padi;
Cinta adik abang tak tahu,
     Cinta adik sampai ke mati.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
338

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih tidak bersekutu dengan bijak

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...