Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan.

Takrif

Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cerdik bagai ekor kerbau.

Takrif

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.

Takrif

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.

Takrif

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.

Takrif

Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bingung tengkar, cerdik begar.

Takrif

Orang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.

Takrif

Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.

Takrif

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.

Takrif

Kepintaran itu melebihi kekayaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.

Takrif

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.



Lihat selanjutnya...