Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.

Takrif

Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Takrif

Rajin dan giat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Takrif

Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Takrif

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba.

Takrif

Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pantasnya seperti kilat.

Takrif

Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Seperti kilat pantasnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Takrif

Cepat bekerja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kilat pantasnya.

Takrif

Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak cetus api.

Takrif

Sangat cepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai belut digetir (= diketil) ekor.

Takrif

Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.



Lihat selanjutnya...