Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.

Takrif

Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Takrif

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.

Takrif

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Takrif

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap