Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business)Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Makna11.08.2008
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030.Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030".Tatabahasa18.01.2013
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMATSoalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain07.10.2016
integrity -makna kompeten -maknaintegriti - kejujuran, ketulusan kompeten - cekap, layak atau sempurnaMakna03.04.2007
"pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih.

Pantas: 

1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Cepat:

1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Laju:

1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit;

Makna13.06.2009
SATU ISTILAH YANG MELAMBANGKAN PANTAS1. cepat,kencang,lekas 2. cekap,cekatan,mahir,tangkasMakna22.09.2008
makna perkataan PINTARMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, pintar bermaksud cekap, pandai, banyak akal dan cerdik.Makna20.02.2009
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. 1) Ibu memarahi adik kerana memutuskan rantai mutiaranya ke rantai. Adakah memutuskan betul? 2) Sistem pengurusan di pejabat itu tidak cekap sejak akhir-akhir ini. Adakah ayat ini betul? 3) Permohonan untuk pertandingan syarahan itu kini dibukakan kepada semua pelajar. Adakah dibukakah betul? 4) "Penceramah jemputan kita belum sampai lagikah?" Adakah kah patut disingkirkan? Terima kasih

Ayat “Ibu memarahi adik kerana memutuskan rantai mutiaranya ke lantai.” dan “Sistem pengurusan di pejabat itu tidak cekap sejak akhir-akhir ini.” adalah betul. Ayat (3) perkataan yang betul ialah  dibuka. “Permohonan untuk pertandingan syarahan itu kini dibuka kepada semua pelajar.”  Manakala contoh ayat (4) "Penceramah jemputan kita belum sampai lagikah?", adalah gaya bahasa Melayu lisan di mana partikel tanya -kah biasanya diletakkan pada hujung ayat. Dalam bahasa tulisan partikel tanya -kah dalam ayat tersebut  boleh digugurkan, contohnya "Penceramah jemputan kita belum sampai lagi?" Ayat ini tergolong dalam ayat tanya tanpa kata tanya.  

 

Tatabahasa28.12.2021
Salam sejahtera, kenapa bahasa Melayu dilihat tiada byk pilihan kata dan padanan kata yg cekap dan kreatif? Contohnya kata "modulation". Terjemahan Melayunya yg dipadankan hanyalah "modulasi", sedangkan kata itu berasal drpd bahasa Indonesia yg sebenarnya dipinjam drpd bahasa Belanda. Kata itu dilihat langsung tidak memiliki nilai keserumpunan, malah lebih anehnya, akhiran -si itu dilihat sgt tak bersifat keMalaysiaan, sepatutnya akhiran "-tion atau -sion dlm bahasa Inggeris dipadankan dgn "-sen" dgn e taling. Contoh dan buktinya itu dpt diteliti dan diperhatikan dlm perkataan "stesen" dan "losen" yg diserap dlm bahasa Melayu dan padanan kata itu bukanlah "stesyen" atau "stasi" dan bukan pula "losyen" atau "losi". Selain itu, boleh juga digunakan kata imbuhan yg memberi maksud yg sama spt imbuhan "pe -- an"; "peng -- an"; dll dlm bahasa Melayu, selain mengekalkan kata asal dgn makna yg baru, barulah kata itu kelihatan keMalaysiaan spt apa yg tercatat dlm Kamus Online DBP. Contohnya lagi, "modulation" dpt dipadankan dgn kata "modulasen" (yakni pinjaman Inggeris yg diMalaysiakan dan seharusnya berlaku dlm bahasa Melayu, bukannya "modulasi" dan bukan pula "modulasyen" atau "modulesyen"); boleh juga dipadankan dgn kata "pemodulatan" (pinjaman Inggeris yg diMelayukan); "modulat" (pinjaman Inggeris dgn kata asal, diperluaskan makna dan golongan kata); "peninggirendahan; "pindaan nada"; "pinda nada"; lunak; atau "pengaturan" (pinjaman dlm bahasa serumpun spt bahasa Indonesia).
Padanan bahasa Melayu bagi istilah modulation ialah pemodulatan, modulatan dan modulasi. Ketiga-tiga bentuk padanan istilah ini menepati kaedah pembentukan istilah bahasa Melayu. Padanan istilah tersebut bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah02.08.2022
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap