Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menegakkan juek-juek sesudah menyabit.

Takrif

Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Takrif

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.

Takrif

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak dapat didamak, dipikat.

Takrif

Sesuatu rahsia itu jika tidak mungkin didapat dengan kekerasan, hendaklah dengan cara yang lemah lembut. didamak = disumpit; dipikat = dijebak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Retak melampaui tara (= garis).

Takrif

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Sumbing melalui [= meluaki], retak melampaui tara [= garis]). tara = kayu yang diberi berpaku akan pembuat garis pada kayu; melampaui cara = melampaui garis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.



Lihat selanjutnya...