Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Terdapat empat cara -cara untuk menyelesaikan masalah itu atau Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu. Mohon penerangan..tq | Ayat yang betul ialah "Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu". Ayat "Terdapat empat cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu" adalah tidak tepat kerana cara-cara sudah menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu. Jika hendak menggunakan perkataan cara-cara, ayat tidak perlu ditambah dengan kata bilangan. Contoh ayat: Cara-cara hendak menjahit langsir di rumah. | Tatabahasa | 24.07.2018 |
(1) cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah mulut dan nafas yang berbau. (2) Tindakan terhadap rakan sekelas yang menghadapi masalah mulut dan nafas yang berbau. Manakah ayat lebih sesuai dan gramatis? | Ayat yang betul ialah: 1. Cara- cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah bau mulut dan nafas. 2. Cara- cara membantu rakan sekelas yang menghadapi masalah bau mulut dan nafas. | Tatabahasa | 09.02.2023 |
Ayat ' Ciri-ciri menjaga kebersihan' atau 'Cara- cara menjaga kebersihan'? Yang mana tepat? | Ayat yang betul ialah cara-cara menjaga kebersihan. | Tatabahasa | 26.07.2021 |
Salam . Ayat di bawah boleh dikira sebagai ayat majmuk? Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Terima kasih. | Salam. Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Jawapan: Terdapat dua ayat yang digabungkan menjadi satu dalam contoh ayat yang saudara berikan. Oleh itu, contoh ayat tersebut ialah ayat majmuk. 1. Kami juga melihat cara-cara biji kopi diproses. 2. Biji kopi diproses menjadi kopi. | Tatabahasa | 29.08.2014 |
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya? ATAU 2. Persoalannya, bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya? Terima kasih. | Ayat (1) dan (2) boleh digunakan dan tidak menyalahi tatabahasa mengikut konteks yang dikemukakan. | Tatabahasa | 22.08.2019 |
pembetulan ayat Pengkhususan pada minggu hadapan adalah berkaitan dengan cara-cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar | Pembetulan ayat: Pengkhususan topik pada minggu hadapan adalah berkaitan cara-cara belajar yang berkesan untuk menarik minat pelajar. | Tatabahasa | 14.09.2020 |
Salam pagi, Soalanya: 1) Frasa yang manakah membawa maksud 'online'? 'Dalam talian' atau 'atas talian' atau 'talian online'? 2) Apakah terjemahan BM yang betul bagi e-learning? 3) Yang manakah betul? - Cara-cara penggunaan alat - Cara-cara menggunakan alat 4) Apakah perbezaan antara 'mengapa' dan 'kenapa'? Misalnya: - Jelaskan mengapa.... - Jelaskan kenapa.... Terima kasih :-) | Maksud Perkataan online ialah dalam talian manakala e-learning merujuk kepada e-pembelajaran. "Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan. Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Makna | 16.10.2015 |
Salam Sejahtera, Nak memastikan sama ada 1) Antara cara-cara 2) Antara cara manakah satu yang betul ? | Penggunaan yang betul ialah 1. Antara cara 2. Antara cara manakah yang betul | Tatabahasa | 10.01.2017 |
cara-cara untuk menghantarkan karya dan di mana. | Mohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my untuk perbincangan lebih terperinci. | Karya | 21.03.2017 |
Saya mempunyai cara-cara belajar al quran yang ringkas dan senang difahami, sebelum ini saya hanya membukukan sendiri dan telah digunakan dikelas al-quran yang saya ajar.bagaimana cara jika saya ingin mengembangkan lagi buku saya dengan menerbitkan buku ini supaya dapat digunakan dikelas al-quran yang saya ajar. apakah prosedur untuk menerbitkan buku saya ini.sekian terima kasih | Mulai tahun 2012, DBP memulakan Program Penerbitan Berpakej DBP. Untuk maklumat lanjut tentang tatacara penerbitan manuskrip dalam pakej ini, tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan DBP iaitu Tuan Haji Abd. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-2147 9393, e-mel khalik@dbp.gov.my | Lain-lain | 11.02.2014 |