Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kalau busuk carilah bangkainya, Kalau buluh carilah bukunya; Kalau kusut carilah pangkalnya, Kalau keruh carilah hulunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana buah takkan busuk, Bila selalu diganggu kumbang; Bagaimana nama takkan buruk, Bila kerjayanya menipu orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah nangka dimakan burung, Busuk tidak berguna lagi; Sudah lama badan terkurung, Abang tidak bersua lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang masin garam, Yang busuk jering; Yang bermain diam, Yang menengok bising.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang wangi bunga, Yang busuk tahi; yang dicari janda, Yang dipeluk bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Putik busuk bunga meranggas; Buruk negeri lupakan adat, Asyik beramuk lupakan tugas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tahi ayam dimakan puyuh, Baunya busuk bukan kepalang; Mandi malam badan berpeluh, Baru duduk kain berlubang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.



Lihat selanjutnya...