Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk, busuk embacang.

Takrif

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Takrif

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk berbau, jatuh berdebuk.

Takrif

Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang.

Takrif

Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bau busuk tidak berbangkai.

Takrif

Celaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mana busuk yang tidak berbau?

Takrif

Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata.

Takrif

Sejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebusuk-busuk lauk, kalau dibasuh enak juga.

Takrif

Sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.

Takrif

Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telah busuk maka dipeda.

Takrif

Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah jauh maka dipanggil). dipeda = diasinkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.



Lihat selanjutnya...