Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat yang manakah betul penggunaan kata "busuk". 1. Longkang itu telah busuk benar baunya. 2. Lampin adik berbau busuk dan perlu ditukar. 3. Sisa bungan yang dibuang di longkang besar itu telah menimbulkan bau yang busuk. 4. Kamal hati busuk kerana selalu memburuk-burukkan orang lain.Keempat-empat ayat yang diberikan menggunakan perkataan busuk yang betul.Makna19.08.2014
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik?

Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih

Istilah15.07.2009
byk kilang di kilang telah mengeluarkan asap-asap yang berbau busuk. perkataan kilang atau asap yg digandakan itu betul ke? apa jawapan yg betul?Penggandaan kilang tidak perlu kerana terdapat perkataan "banyak" sebelumnya. Begitu juga dengan asap, ia adalah lewah. Jawapan yang betul ialah "banyak kilang telah mengeluarkan asap yang berbau busuk".Tatabahasa13.03.2009
Bagi istilah offensive odour and taste dalam teks yang yang telah kami semak, kami telah memadankannya dengan bau yang busuk dan rasa yang tidak sedap. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan objectionable taste and odour dalam ayat teks yang sama seperti di bawah ini. Apakah padanan yang sesuai bagi objectionable taste and odour ini? Standard for wholesome water or steam 394. (1) Water shall be clean and free from contamination, objectionable taste and odour, and shall comply with the standard as prescribed in the Twenty-fifth A Schedule. Standard bagi air yang selamat diminum atau stim 394. (1) Air hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhi standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima A.Cadangan padanan yang sesuai berdasarkan ayat dalam teks yang diberikan ialah rasa dan bau yang tidak menyenangkan.Makna27.07.2021
1.Apakah makna perkataan Pering ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pering bermaksud 1. berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing. 2. Jw ark buluh; Contoh ayat, pering petung (betung) buluh betung.Makna21.02.2010
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya.Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain05.10.2008
Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah?Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk.Tatabahasa19.08.2010
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Faizol Azha Feb 18th, 7:23pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat nak tahu sama ada DBP ada menerbitkan kamus/buku yg mengandungi perkataan yg hampir sama ejaan,bunyi dan maksud,tapi memiliki huruf ejaan berbeza... Contoh...Busuk,Buruk,Lupuk Hentak,Lantak,Sentak,Santak. Terima KasihPerkataan ygan sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya disebut homograf. Tidak ada terbitan khusus yang mengumpul semua kata-kata tersebut, melainkan senarai beberapa perkataan sebagai contoh sahaja.Tatabahasa18.02.2015
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkoholIstilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk.Istilah27.10.2006
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.



Lihat selanjutnya...