Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Elok tombak kerana disepuh, Buruk sepuh buruk matanya; Elok anak kerana diasuh, Buruk pengasuh buruk sudahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang disebut berkain buruk, Kainnya buruk gunanya banyak; Orang berebut bermain buruk, Kahwin kemaruk kerja merosak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Parang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kain buruk sangkut di kandang, Bawa pula basah ke paya; Saya buruk jangan dipandang, Bagai anjing buruk kepala.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jalan baru Merpati, Jalan Merpati, Simpang Jalan Laruh, ke Jalan Laruh; Berapa tahun kunanti, harus kunanti, Kain buruk di tubuh, buruk di tubuh.Pantun Melayu SarawakBergendang
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
96

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam buruk ada baik

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...