Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga.

Takrif

Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama kayu buruk: buruk di panas, reput di hujan.

Takrif

Nasib malang yang tak dapat dielakkan lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buruk perahu buruk pangkalan.

Takrif

Tak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buruk tak tahu akan hinanya.

Takrif

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buruk muka cermin dibelah.

Takrif

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang.

Takrif

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.

Takrif

Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buang kuali ambil belanga.

Takrif

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Takrif

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buang daun keladi, berselimut daun birah.

Takrif

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buruk

Puisi
 

Kain buruk sangkut di kandang,
     Bawa pula basah ke paya;
Saya buruk jangan dipandang,
     Bagai anjing buruk kepala.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
96

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam buruk ada baik

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...