Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi cempedak jatuh.

Takrif

Bunyi jatuh yang kuat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau.

Takrif

Pendapat yang bermacam-macam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi siamang kenyang.

Takrif

Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi perempuan di air.

Takrif

Ramai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi orang dikoyak harimau.

Takrif

Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.

Takrif

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pecah bunyi (= tepi), buruk berita.

Takrif

Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti bunyi gung tertangkup.

Takrif

Kata-kata yang tidak jelas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti bunyi gung pecah.

Takrif

Suara yang tidak sedap didengar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecek bagai bunyi merendang kacang.

Takrif

Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.



Lihat selanjutnya...