Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Menggantang asap, mengukir langit.

Takrif

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Takrif

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pacat hendak menjadi ular.

Takrif

Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.

Takrif

Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.

Takrif

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukan budak-budak makan pisang.

Takrif

Tidak dapat diperdayakan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Budak-budak makan pisang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukan air muara yang ditimba, tetapi sudah disauk dari hulunya.

Takrif

Perkhabaran yang benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang.

Takrif

Menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ular bukan, ikan pun bukan.

Takrif

Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.

Takrif

Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...