Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana satu antara 4 ayat ini yang betul? 1. murid penutur bukan natif 2. penutur murid bukan natif 3. murid bukan penutur natif 4. bukan murid penutur natif Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 3. murid bukan penutur natif | Tatabahasa | 19.05.2015 |
Yang manakah yg betul : Bukan itu sahaja atau bukan sahaja itu Terima kasih | Frasa yang baku ialah ...bukan itu sahaja, iaitu kata nafi (bukan)+kata ganti nama tunjuk(itu)+kata tugas (sahaja). | Tatabahasa | 30.01.2015 |
Apakah perbezaan antara TIDAK dan BUKAN? | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Tuan/Puan, Saya maklum tentang kata nafi iaitu 'tidak' & 'bukan' dan cara penggunaan mereka yg betul dalam ayat. Soalan saya, bolehkah kehadiran 'bukan' dalam ayat, 'Bukan harganya begitu' memberi penekanan kepada predikat? (Sepatutnya ayat ini ditulis, "Harganya bukan begitu"). Saya juga maklum tentang kata penegas (cth : akhiran -lah, pun, juga, hanya), iaitu kewujudan kata penegas memberi penegasan kepada predikat dalam ayat. Namun, sesetengah ayat dalam penulisan sengaja ditulis dalam susunan yang luar biasa dan ia memberi lebih impak kepada pembaca. Adakah susunan 'Bukan harganya begitu' juga ditulis bertujuan untuk memberi penekanan terhadap 'harga'? Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "Harganya bukan begitu..." lebih tepat digunakan dan menunjukkan penegasan kepada harga. | Tatabahasa | 07.06.2014 |
Dadah _____ menyebabkan ketagihan _____ juga turut membawa maut. Ayat tersebut perlu guna bukan sahaja...malahan ataupan bukan sahaja--- tetapi | Perkataan yang betul ialah bukan sahaja dan malahan. Contoh dalam ayat, Dadah bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malahan juga turut membawa maut. | Tatabahasa | 23.10.2021 |
Yang manakah betul? Saya bukan kedekut atau Saya tidak kedekut. Kata nafi bukan mesti diikuti dengan kata nama atau kata sendi nama tetapi berdasarkan apa yang dicari macam Saya bukan kedekut adalah betul walaupun kedekut ialah kata adjektif dan sepatutnya guna tidak kedekut. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. | Tatabahasa | 30.10.2020 |
Saya nak tanya, BUKAN dan TIDAK ni sama ke? Macam mana nk guna? Kalu BUKAN dan TAK NAK, sama ke tak? | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh: Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh: Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contoh: Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 262 - 263. Tak nak pula merupakan bahasa basahan untuk tidak mahu/tidak hendak dan boleh digunakan untuk konteks ayat yang bersesuaian dengan kata nafi tidak. | Tatabahasa | 18.09.2021 |
Salam, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkataan kubarasa yang bermaksud sifat bertindak balas apabila dirangsang (bukan hidupan) dalam ruang sesawang prpm. Apakah maksud bukan hidupan? Adakah bukan hidupan bermaksud air, air, udara? Adakah sesuai untuk saya guna pakai istilah kubarasa semula jadi untuk mengambarkan bangunan direka bentuk untuk bertindak balas secara semula jadi dengan elemen alam. | Yang dimaksudkan bkn hidupan dalam entri kamus itu ialah berkenaan hidupan (bukannya bukan hidupan) seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Bangunan tidak termasuk dalam hidupan. | Tatabahasa | 05.05.2017 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling tepat dan boleh digunakan secara meluas bagi "non-governmental organisation (NGO)"? Dalam carian di PRPM, istilah ini diterjemah sebagai badan bukan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih. | Dalam bidang Sains Politik digunakan istilah Organisasi BUkan Kerajaan, bidang Pentadbiran pula menggunakan istilah Badan Bukan Kerajaan, maka kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan. Istilah Pertubuhan Bukan Kerajaan juga digunakan dalam kamus, namun kami mencadangkan tuan mengambil data daripada bidang peristilahan. | Tatabahasa | 15.01.2015 |
Apakah perbezaan penggunaan kata nafi 'tidak' dan 'bukan'? | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. | Tatabahasa | 14.10.2017 |