Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera! Mengenai perkataan bisa, rujukan di kamus menunjukkan bahawa ianya mempunya makna berikut: bisa II tidak ada halangannya; dpt melaksanakan sesuatu; mampu; dapat: Saya ~ melanjutkan pelajaran saya hingga ke peringkat universiti dgn perbelanjaan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) bisa II Id boleh, dapat, mungkin: tenaga masih ~ dipergunakan; saya ~ melanjutkan sekolah; ~ jadi; mana ~ kita menang;sebisanya sedapat-dapatnya;kebisaan kesanggupan, kecekapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Adakah perkataan bisa diterima di dalam perbendaharaan Melayu, walaupun seringkali digunakan di dalam pertuturan/penulisan bahasa Indonesia? Apakah ianya sudah dimelayukan and ianya menjadi perkataan Melayu yang rasmi, seperti di dalam Kamus Dewan Edisi Kedua. Saya dapati bahawa ada sekumpulan perkataan/istilah Indonesia yang disenariakan di dalam kamus. Apakah sebabnya perkataan ini disenaraikan, manakali yang lain pula dikecualikan? Maaf jika soalan saya ini dianggap terlalu kasar/tidak beralas. Sekian, terima kasih! | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Dalam penulisan di Malaysia, sewajarnya menggunakan bahasa Melayu yang rasmi dengan pemilihan kata yang bersesuaian. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
lirik lagu - bisa untuk boleh mencintaimu bukan menyintaimu membahana | membahana - ada makna lain - kurang sesuai | Lain-lain | 26.03.2007 |
Salam, adakah perkataan"bisa" yang bermaksud (boleh) termasuk dalam Bahasa Melayu? Sebab saya tengok banyak lirik lagu Malaysia sekarang pakai perkataan tu, itu bahasa Melayu atau bahasa Indonesia? Sekian Terima Kasih... | Perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” berasal daripada bahasa Indonesia. Namun makna perkataan bisa yang membawa maksud “boleh” juga terakam dalam kamus dengan penanda Id yang membawa maksud perkataan yang berasal daripada bahasa Indonesia. | Lain-lain | 06.06.2022 |
Indonesia - boleh /tidak bahasa Indonesia seperti bisa digunakan dalam lagu Indonesia | Tidak boleh | Tatabahasa | 05.04.2007 |
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda id seperti perkataan bisa yang membawa maksud boleh dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan karna yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan apakah dan adakah mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan ghibah yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan umpat. | 1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya. 2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu. 3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan. 4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut: ghibah kata nama kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat: Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan. | Makna | 27.05.2023 |
Saya mahu tahu imbuhan bagi perkataan ubah. Bolehkan menulis merubah?? Adakah imbuhan 'mer'? Setahu saya hanya ada mengubah. Dalam lirik lagu Siti - Bukan Cinta Biasa ada menggunakan ejaan merubah. Contoh: Andai ku bisa merubah semua Hingga tiada orang terluka | Tidak ada imbuhan mer_. Imbuhan yang betul ialah meng- --> mengubah | Ejaan | 21.05.2014 |
Ahmad Suyuti KHA 6.30 PTG selamat sore, saya mahu bertanya terkait padanan istilah. sudah adakah senarai istilah semasa (padanan istilah baharu Inggeris-Melayu)? semacam swafoto untuk "selfie" dan semacamnya. adakah senarai yang bisa saya rujuk? mohon informasinya. terima kasih. | Tuan, istilah semasa DBP disebarkan dalam pelbagai medium termasuklah majalah keluaran DBP, Facebook DBP dan media elektronik seperti radio dan televisyen. | Istilah | 14.09.2017 |
Adakah 'pereda' membawa apa-apa maksud jika ia digunakan di dalam sebuah puisi. Kata asalnya REDA. Namun dalam puisi tersebut ditambah imbuhan PE dengan menjadikannya PEREDA. Contoh : Dalam kelam malam seorang ibu menjadi PEREDA tangisan anak-anak tatkala kilat garang di luar | "Pereda" ada membawa maksud. Bukan sekadar dalam puisi, bahkan digunakan dalam penulisan pelbagai bidang termasuk bidang sains. Contohnya: Antidote bermaksud ubatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah. | 1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
apakah maksud sahabat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Ejaan | 28.02.2015 |