Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.

Takrif

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.

Takrif

Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.

Takrif

Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.

Takrif

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bersahabat dengan ular bisa.

Takrif

Berkawan dengan orang yang jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang tajam tumpul, yang bisa tawar.

Takrif

Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cupak berkeesaan.

Takrif

Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Takrif

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Takrif

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.

Takrif

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisa

Puisi
 

Encik Isa anak Palembang,
     Dari Patani lalu ke Kelantan;
Sekalian bisa lagi kubuang,
     Inikan pula bisa di badan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...