Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan mendirikan adat. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep
MACHETE

Machete ialah parang yang besar dan berat, dan

bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan

terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat.

Machete yang digunakan sebagai senjata

mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60

sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang

bermata pendek digunakan untuk memotong tebu

dan menebas. Lihat juga Pisau.

UMUM
SKRU ARCHIMEDES

Skru Archimedes ialah alat untuk menaikkan

air. Ia terdiri daripada skru atau susunan bilah yang

dilekatkan pada bahagian dalam silinder. Hujung

bawah diletakkan di dalam air. Hujung atas

mempunyai engkol yang memutarkan silinder.

Benang skru atau bilahnya dengan perlahan

menaikkan air sehingga ia mengalir keluar dari

hujung atas. Alat ini digunakan di Lembah Sungai

Nil untuk menyalirkan atau mengairkan tanah.

Sesetengah sarjana percaya bahawa ia telah direka

oleh ahli matematik Yunani purba, iaitu Archimedes.

Lihat juga Archimedes (Rekaannya); Rekaan

(Yunani Purba).

UMUM
BIDAI VENETIAN

Bidai Venetian ialah bidai jendela yang

dibuat daripada bilah. Bidai ini digelar bidai

Venetian kerana digunakan dengan meluas di

Venice pada tahun 1600-an. Bidai yang sama

pernah dicipta terlebih dahulu oleh orang Jepun

dengan menggunakan batang buluh

UMUM
KLAVIKORD

Klavikord ialah alat muzik papan nada yang

menjadi perintis kepada piano. Ton klavikord

dihasilkan oleh bilah logam yang memukul tali

wayar alat apabila mata ditekan.

UMUM
TEGANGAN PERMUKAAN

Tegangan permukaan ialah daya yang

menyebabkan permukaan cecair berkelakuan

dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair

berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal

meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air

boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika

ia diletakkan di atasnya dengan teliti.

Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair

naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke

dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai

kererambutan.

UMUM
BERKAYAK

Berkayak, aktiviti di air yang boleh dilakukan oleh seorang atau dua orang yang berdayung dengan menggunakan sejenis alat yang mempunyai geladak berpenutup dan pendayung dua bilah.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.



Lihat selanjutnya...