Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.

Takrif

Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Takrif

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai.

Takrif

Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.

Takrif

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putus gayung di belebas, putus kata di pangkalnya (= di mulutnya).

Takrif

Putusan yang berdasarkan kepada pokok pembicaraan. belebas = bilah daripada kayu dipakai sebagai perisai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.



Lihat selanjutnya...