Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Menari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Simpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang Sejingkat Muara Sambir, Nampak dari Kuala Tebedu; Banyaklah taubat di luar bibir, Di dalam hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Petik selasih tumbuh di tubir, Masak nasi padi seberang; Banyak kasih di tepi bibir, Kasih sejati memang jarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu menteri mendukung itik, Tua dan muda hadir menolong; Sayulah hati berhidung pesek, Muka rata bibir yang muncung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir

Puisi
 

Simpan sepatu jangan dibalut,
     Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
     Bertanam halia di dalam hati.



Lihat selanjutnya...