Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hancurlah rakit dari hulu, Singgah ke lubuk kailku kena; Alang-alang sakit menahan rindu, Biar duduk biar mengena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Biar Cina kelapa Cina, Biar manis menjahit baju; Sudahlah tinggal berdiri tiga, Jangan menangis ditinggal aku.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Biar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Petua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan meragi kain, Biar nipis jangan jarang; Kalau tuan mencari lain, Biar lebih daripada terkurang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik tuan meragi kain, Biar nipis pada jarang; Cik tuan mencari lain, Biar lebih jangan kurang.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...