Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Dialek ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cencang putus, biang tembuk.

Takrif

Putusan yang mengikat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Genting putus, biang tembuk.

Takrif

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biang menanti tembuk.

Takrif

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kucing biang.

Takrif

Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Genting menanti putus, biang menanti tembuk.

Takrif

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak akan aib kucing biang.

Takrif

Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terjerit-jerit seperti kucing biang.

Takrif

Perempuan yang bercakap-cakap terlalu keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kodok ditimpa kemarau.

Takrif

Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.

Takrif

Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kucing keguguran anak.

Takrif

Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biang