Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BUAPAK

BUAPAK, ketua kelompok kekeluargaan dalam sistem tradisi kepimpinan adat perpatih, iaitu perut.  Istilah buapak ialah hasil gabungan kata-kata ibu dan bapa yakni ketua dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebuah perut lebih besar daripada sebuah keluarga biasa sehingga boleh mencapai lima hingga enam generasi, maka konsep buapak itu terbit sebagai ketua kelompok kekeluargaan ini.  Anggota-anggota dalam perut menjadi anak buahnya.

BUDAYAKonsep
GAS GANTIANGas asli sintetik yang dihasilkan melalui beberapa proses tindak balas kimia. Konsep gas gantian diperkenalkan untuk mencari alternatif penghasilan gas yang terbentuk di dalam perut bumi yang semakin berkurangan dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Gas gantian mempunyai sifat fizikal yang sama dengan gas asli. Sumber bahan api fosil yang digunakan untuk menghasilkan gas gantian ialah batu arang dan cecair petroleum.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
ARNAB JACK

Arnab jack ialah satu daripada empat jenis arnab

besar yang ditemui di kawasan gurun dan prairi di

barat Amerika Utara. Empat jenis yang dimaksudkan

ialah arnab jack berekor hitam, arnab jack berekor

putih, arnab jack sebelah putih, dan arnab jack

antelop. Kesemua jenis arnab ini mempunyai kaki

belakang yang panjang, mata yang besar, dan

telinga yang panjang dan nipis. Arnab ini

mempunyai bulu berwarna kelabu kecoklatan dan

perut yang berwarna putih melepak. Arnab jack

jenis antelop adalah jenis arnab yang terbesar,

beratnya lebih kurang 3.5 kilogram. Arnab ini

membesar hampir 70 sentimeter panjangnya.

UMUM
PAYANG

PAYANG, sejenis perahu layar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut dalam.  Payang biasanya berukuran antara 10 m hingga 13 m panjang dan 1.8 m lebar di bahagian perut.  Payang yang lebih besar mempunyai ukuran sehingga 13.7 m panjang dan 4 m lebar di bahagian tengah perut.  Payang boleh nemuatkan antara 20 hingga 25 orang awak-awak.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
SALUR ALIMENTARI

Salur alimentari ialah tiub panjang yang

menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan

dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter

panjangnya. Haiwan yang memakan daging

biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih

pendek daripada haiwan yang memakan rumput.

Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk

farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

UMUM
SEKOCI

SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan.  Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat.   Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang.  Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar perut