Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.

Takrif

Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Perut besar, entah anak entah tahi.

Takrif

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Perut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.

Takrif

Alamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.

Takrif

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar perut