Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang?

Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut:

1.   Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput.  atau: Abang mengambil upah memotong rumput  pada setiap petang.

2.  Ahli bomba memadamkan api dengan air paip.

3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.

  (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah  petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.)

4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya.

  (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk  keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas.  Misalnya, bunga yang telah kembang  itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang  merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ).

Tatabahasa09.04.2009
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza??

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud  1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

Istilah01.11.2009
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar perut