PeribahasaMain badar, main gerundang.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Perbezaan lain yang sama makna: Melonjak badar, melonjak gerundang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelonjak badar, melonjak gerundang.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh.TakrifMenolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.TakrifOrang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiang pandak hendak menyamai tiang panjang.TakrifHendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah lalu kumpai layu.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi disigai, besar ditebang.TakrifMenyesuaikan diri dengan keadaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlar menyusur akar.TakrifOrang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |