Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pulak-pulak si papan-papan, Buah lemak digaul udang; Tuan bertolak kami berpesan, Jangan lama di negeri orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Olok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ulak-ulak sampiran kain, Buah padi taruh di dulang; Kapal bertolak enjinnya bermain, Buah hatiku di kampung orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ulak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang.
1
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Bertolak dari Kimanis,
     Belayar angin utara;
Berhadapan mulutnya manis,
     Lain belakang lain bicara.



Lihat selanjutnya...