Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tengah hari sampan bertolak, Membawa peti berisi bawang; Hamba ke mari tuan mengelak, Ke mana lagi kasih menumpang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lain perahu lain pencalang, Hendak bertolak perahu sarat; Lain kutuju lain yang datang, Hendak mengelak hatiku berat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau laut berombak besar, Kerana janji bertolak juga; Walau lutut sudah gementar, Kerana laki dipeluk juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnahKurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sencilak burung sencili, Terbang bermain di rumpun halaman; Abang bertolak malam kini, Cari yang lain pengganti badan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Bertolak dari Kimanis,
     Belayar angin utara;
Berhadapan mulutnya manis,
     Lain belakang lain bicara.



Lihat selanjutnya...