Menganyam Kedukaan naik lagi. Dia menarik dan menghela nafas panjang. Kemudian pandangannya dialihkan ke ladang koko di sebelah. Ladang itu cukup luas. Daripadajangkanya, baru saja mengeluarkan hasil. Ladang itu nampak subur dan bersih. Dia rasa, dia dapat mengerti itu. Tuan punya ladang, orang berada. Kemudian bibimya diketap dan mulutnya dikacip sehingga tulang pipi dan dagunya jelas timbul. Mukanya berkerut dan kelihatan merah padam seketika. Dia cuba mengamat-amati soalan Mak Usu. Mencari jawapannya di sudut perasaan yang belum matang. “Ada.” Dia menjawab bersahaja dan ikhlas, kemudian tersengih menampakkan barisan gigi susunya yang putih bersih. Segera Afif terbayang wajah Adik Nisa yang selalu dibawa bertandang kerumahnya. Adik Nisa kecil dan comel. Pipinya montok dan lembut. Afif pemah pegang pipi montok itu beberapa kali. Afif picit
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih |
|
|