Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih seperti kapas dibusar.

Takrif

Putih bersih; amat putih. busar = busur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti gading dilarik.

Takrif

Rupa yang bersih dan licin. dilarik = dilicinkan dengan bindu dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor.

Takrif

Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. gombak = rambut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang.

Takrif

Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih