Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Takrif

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.

Takrif

Tidak berdaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Takrif

Pucat dan tidak berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ikan kena tuba.

Takrif

Sudah tidak berdaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak terkayuhkan lagi biduk hilir.

Takrif

Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tidak terindang dedak, berbiak lagi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak terindang dedak, berbiak lagi.

Takrif

Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai pucuk pisang didiang.

Takrif

Lemah sekali; tiada berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Takrif

Sangat lemah; tidak berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam mabuk tahi.

Takrif

Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak akan lebih jengkal daripada jari.

Takrif

Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaya