Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam Tuan / Puan Saya ingin bertanya, adakah istilah "pendekatan berdaya saing asas" atau "pendekatan asas yang berdaya saing" dapat digunakan untuk diterjamahkan daripada " there are two basic competitive approach" Terima kasih di atas panduan dan oertolongan yang pihak tuan berikan.Pada pandangan kami, frasa yang lebih tepat ialah "pendekatan asas yang berdaya saing".Tatabahasa20.07.2015
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya'Tidak ada  perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya"  dan  "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya  2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu.Ejaan12.02.2019
Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing.

Ayat yang betul ialah Oleh sebab itu,  saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing.

Istilah10.09.2014
1. Dinamik dan Kompetitif 2. Dinamik dan Berdaya Saing 3. Dinamik Memacu Keunggulan yang Kompetitif 4. Dinamik Memacu Keunggulan yang Berdaya Saing Antara no. 1 dengan 2 yang mana lebih tepat dan sesuai. Antara no. 3 dengan 4 yang mana lebih tepat dan sesuai. Terima kasih.Kesemua ayat di atas adalah betul. Walau bagaimanapun, penggunaan yang sesuai dan tepat perlulah dilihat dari segi konsep penulisan puan.Istilah12.10.2019
Saya telah menggunakan carian kata, tetapi tidak berhasil. Adakah perkataan "berdayausaha" itu betul? Ataukah "berdaya usaha"?Ejaan yang betul ialah berdaya usaha.Ejaan06.02.2008
Assalamualaikum Saya ingin menggunakan perkataan "memberdaya" dalam satu ucapan saya dengan mengambil perkataan berdaya sebagai teras perkataan tersebut bagi menerangkan usaha untuk meningkatkan keberdayaan sesuatu organisasi. Adakah penggunaan perkataan "memberdaya" itu tepat? Terima kasihKata terbitan yang betul ialah memberdayakan, apitan mem-...-kan + kata dasar berdaya yang bermaksud menjadikan seseorang berdaya.Tatabahasa22.08.2021
Saya inginkan kepastian mengenai istilah terjemahan 'coping'. Mengapa apabila kita terjemahkan ke dalam Bahasa ia adalah 'daya tindak'? Kenapa tidak 'berdaya tindak'. Mohon penjelasan mengenainya. Terima kasih. :)Istilah dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar dalam bidang berkenaan. Contohnya istilah coping mechanism walaupun boleh diterjemahkan kepada mekanisme berdaya tindak tetapi istilah yang dibina ialah mekanisme daya tindak. Tambahan maklumat, kebanyakan istilah yang dibina dalam bentuk kata nama.Istilah29.06.2012
Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum iniSekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.Istilah27.11.2015
teguhAntara makna teguh ialah tegap, kukuh,  keras, bertenaga, dan berdaya.Makna21.05.2010
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaya