Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalamualaikum DBP. Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai bagi 'diffuse urbanisation' yang sering digunakan di dalam rujukan/buku/artikel dalam bahasa melayu. Adakah 'pembandaran berbaur' merupakan perkataan yang tepat untuk digantikan? Namun saya gagal menjumpai sebarang term 'pembandaran berbaur' digunakan di dalam penulisan berbahasa melayu. Atau adakah 'pembandaran bersebar' lebih sesuai? Mohon pencerahan. Terima kasih.Diffused diterjemahkan kepada berbaur, berselerak dan tersebar. Ada tiga konsep yang perlu dikenal pasti dalam perkataan ini, iaitu berbaur, berselerak dan tersebar, namun tersebar lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang abstrak seperti berita tersebar. Oleh itu, konsep diffused dalam istilah diffused urbanization hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu, sama ada berbaur atau berselerak. Kami mencadangkan terjemahan pembandaran berbaur digunakan sekiranya sesuai dengan konsepnya.Penyemakan dan penterjemahan12.06.2019
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri MenMaklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti.Lain-lain25.11.2015
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaur