Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuGlosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
berbaur1 bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2 bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3 hidup sbg suami isteri; berkahwin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbaur1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berbaur1. bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2. bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3. hidup sbg suami isteri; berkahwin.Kamus Pelajar
baur; berbaur 1 bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2 bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3 hidup sbg suami isteri; berkahwin. membaurkan 1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. bauran apa-apa yg berbaur; campuran. perbauran keadaan atau hal berbaur; percampuran. pembauran hal atau proses membaurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baurberbaur 1. bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2. bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3. hidup sbg suami isteri; berkahwin. membaurkan 1. menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2. membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3. mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. bauran apa-apa yg berbaur; campuran. perbauran keadaan atau hal berbaur; percampuran. pembauran hal atau proses membaurkan.Kamus Pelajar
baur Icampur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpul­an; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira­-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-men­cintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, ter­kacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbaursudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;Kamus Dewan Edisi Keempat
membaurkan1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercampur1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaur

Peribahasa
267

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Seukur berbaur, bertopang bercerai

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - seukur berbaur, bertopang bercerai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...