Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah.

Takrif

Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melangkahi ular.

Takrif

Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bergantung di hujung kuku.

Takrif

Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bergantung (di) rambut sehelai.

Takrif

Dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut).

Takrif

Dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati.

Takrif

Tempat yang berbahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Takrif

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Takrif

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.

Takrif

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahaya

Peribahasa
642

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Musang berbulu domba

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu domba. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...