Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.

Takrif

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Takrif

Suka duka sama-sama ditanggung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat hati beratlah tulang.

Takrif

Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.

Takrif

Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.

Takrif

Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberat-berat kayu, terapung juga dalam air.

Takrif

Fikiran seseorang itu biar bagaimanapun teguhnya dapat juga dihasut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberat-berat beban, di atas kepala juga.

Takrif

Kitalah yang menanggung nafkah keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Timbangan berat sebelah.

Takrif

Tidak adil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak berat diampu.

Takrif

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditindih yang berat, dililit yang panjang.

Takrif

Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berat

Puisi
 

Orang barat bermain pedang,
     Mana nak sama batang cangkul;
Mana berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.



Lihat selanjutnya...