Kata |
Takrif |
Sumber |
berbangsa | 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbangsa | 1. berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Malaysia. 2. berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja adalah anak orang berasal lagi ~. | Kamus Pelajar |
berasal | 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasal | 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berasal | 1. bertempat asal; datang dr: Agama Hindu ~ dr India. 2. berketurunan dr: Mereka mengaku ~ dr Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar |
Tamil | bahasa kaum yg berasal drpd campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yg berasal dr selatan India dan Sri Lanka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuno | 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari | 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
negeri | 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pemerintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kampung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hail 2 | ~ from, /datang, berasal/ dr: he ~s from Fiji, dia berasal dr Fiji. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
spring | 4. originate, berasal; (of feeling, attitude, etc) berpunca: she sprang from common stock, dia berasal drpd keturunan orang biasa; her fear of the dark sprang from a bad experience as a child, ketakutannya berada dlm gelap berpunca drpd pengalaman buruk semasa kanak-kanak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
derive | vi 1. originate, berasal: English and German ~d from a common source, bahasa Inggeris dan bahasa Jerman berasal drpd sumber yg sama; 2. spring, come, berpunca: his income ~s from bonds and stocks, pendapatannya berpunca drpd bon dan stok; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | ~ from, a. arrive from, datang dr; b. be native of, berasal dr: he ~s from the country, dia berasal dr kampung; c. be the product of, datang dr: these computers ~ from Malaysia, komputer ini datang dr Malaysia; energy that ~s from the sun, kuasa yg datang dr matahari; d. see ~ of (sense b.); e. see ~ of (sense c.); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
derivation | n 1. obtaining (from a source) pemerolehan; (chem) penerbitan: the ~ of a myth from an icon, pemerolehan mitos drpd ikon; 2. origin, source, berasal: words of Sanskrit ~, perkataan-perkataan yg berasal drpd perkataan Sanskrit; he claimed ~ from French stock, dia mengakui dia berasal drpd keturunan Perancis; 3. (ling) a. process of word formation, proses penerbitan kata; b. etymology, asal-usul; 4. (chem & math), (process) penerbitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | 13. be a native of, datang, berasal: she ~s from California, dia datang dr California; 14. become, [not translated, sometimes menjadi]: the knot came loose, simpulan itu terurai; the button came unfastened, butang itu terbuka; the door came open, pintu itu terbuka; her dream came true, impiannya menjadi nyata; it ~s easily with practice, kerja itu menjadi mudah kalau selalu dibuat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
origin | n 1. source, asal; (of river etc) punca; (of quarrel, unrest, etc) punca: to trace the ~ of a word, mengesan asal sst perkataan; the ~s of ancient civilization, asal tamadun kuno; be of...~, berasal dr...: the word is of Chinese ~, perkataaan itu berasal dr bahasa Cina; has its ~ in, (of river) punca [sungai] di; (quarrel, unrest) berpunca drpd: the river has its ~ in the mountains, punca sungai itu di gunung tersebut; 2. parentage, birth, keturunan; country of ~, negara asal; of...~, berketurunan, berasal...: a man of humble ~s, lelaki yg berketurunan rendah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
common | adj 1. one and the same, sama: the two families have a ~ ancestor, kedua-dua keluarga itu berasal dr keturunan yg sama; we have ~ interests, kami mempunyai minat yg sama; 2. of, belonging to, shared by more than two people, bersama; (used by members of a group) utk kegunaan bersama: ~ property, harta bersama; the land was held in ~ ownership by the wife and husband, tanah itu dimiliki bersama oleh pasangan suami isteri tersebut; they worked for a ~ cause, mereka berusaha utk perjuangan bersama; a ~ staircase, tangga utk kegunaan bersama; 3. of, belonging to, affecting, etc the public, umum: the government claimed that it acted for the ~ good, kerajaan mendakwa bahawa tindakan itu diambil utk kebaikan umum; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lowly | adj humble, of low status, a. (of person) bawahan: a man of ~ birth who became a successful businessman, seorang yg berasal dr keturunan bawahan yg kini menjadi usahawan yg berjaya; b. (in rank, occupation, etc) bertaraf rendah: many young people wont take on jobs they consider to be ~, ramai anak muda yg enggan melakukan pekerjaan yg dianggap bertaraf rendah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | 10. originate, be derived from, datang: milk ~s from cows and other animals, susu datang dr lembu dan binatang-binatang lain; kind deeds ~ from a kind heart, perbuatan baik datang dr hati yg baik; 11. be descendant of, berasal: she ~s from a noble family, dia berasal drpd keluarga bangsawan; 12. be the result of, padahnya, akibat: thats what ~s of gambling, itulah padahnya berjudi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pallasite | palasit | Geologi | Tiada | 1. Sebarang batuan ultramafik, sama ada yang berasal mula meteorit atau yang berasal mula terestrial, yang mengandung hampir 60 peratus besi jika berasal mula meteorik atau mengandungi lebih oksida besi berbanding dengan silika jika berasal mula terestrial. 2. Meteorit besi-berbatu yang terdiri daripada hablur olivin yang terbundar atau teretak di dalam rangkaian nikel-besi. |
endogenous nitrogen | nitrogen endogen | Veterinar | Tiada | Nitrogen yang berasal dari tubuh haiwan atau nitrogen yang bukan berasal dari makanan. Dalam najis, bahan ini terdiri daripada sel-sel mati dari permukaan usus, bakteria dan protozoa serta enzim-enzim yang tidak dapat diserap. |
primary peridium | peridium primer | Biologi | Mikologi | Selaput yang tidak berasal daripada tisu jasad buah yang diselaputinya, tetapi berasal daripada miselium vegetatif biasan yang menyelaputi primordium jasad buah pada peringkat awal pembezaan. |
polar front | perenggan kutub | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perenggan yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan yang berasal dari tropik. Perenggan ini separa kekal, dan separa berterusan, dan menjadi tempat terbentuknya kebanyakan gangguan siklon latitud tengah. |
cementoblast | simentoblas | Perubatan | Tiada | Sel yang membentuk matriks organik simentum, yang peringkat awal pembentukannya berasal dari sak gigi tetapi selepas simentosis berasal dari sel membran periodontium. |
polar front | perenggan kutub | Geologi | Tiada | Perenggan semiselanjar dan semitetap yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika. |
diploid | diploid | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Satu sel atau organisma yang mempunyai dua set kromosom. Satu set berasal daripada bapa dan satu set berasal daripada ibu. |
paronym | paronim | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan pembentukan diksi yang berasal daripada sumber atau akar yang sama. Khususnya diksi yang diambil daripada bahasa asing yang akhirnya mengalami pergeseran erti. Umpamanya perkataan ilmu dan alima yang berasal daripada bahasa Arab. |
polar front theory | teori perenggan kutub | Geologi | Tiada | Teori yang menyatakan bahawa perenggan kutub yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika menyebabkan terjadinya gangguan siklon yang bertambah keamatannya dan bergerak di sepanjang perenggan serta melalui beberapa fasa cirian sejarah kewujudannya. |
polar front theory | teori perenggan kutub | Sains | Hidrometeorologi | Teori yang menyatakan bahawa perenggan kutub yang memisahkan jisim udara yang berasal dari kutub dengan jisim udara yang berasal dari tropika menyebabkan terjadinya gangguan siklon yang bertambah keamatannya dan bergerak di sepanjang perenggan serta melalui beberapa fasa cirian sejarah kewujudannya. Teori ini memulakan suatu era baru analisis atmosfera, dan menjadi asas kepada ramalan cuaca dan meteorologi sinoptik yang paling praktis sehingga kini. Teori ini diasaskan oleh kumpulan ahli meteorologi Scandinavia. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
likou II | orang; 1 manusia yg berasal dr sst daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: ~ Dalat orang Dalat; ~ Kedah orang Kedah; 2 bangsa, kaum, suku: ~ Dayak bangsa Iban; ~ Tabi bangsa India; ~ ajok orang hulu; ~ apuk, ~ apok orang putih; ~ asel orang asli; ~ bukit | Melanau Mukah | |
dageng | dagang; 1 perniagaan jual beli; 2 sst yg dijual: bareng ~ barang dagang; 3 berasal dr tempat lain: a ~ orang asing, orang dagang; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bau kina LB | sejenis manik yang berasal dari negeri China. | Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tipa-tipa Tb | sebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin. | Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mematai, *mamatai* Kd KB | sejenis roh jahat. | Mematai - Berasal dari mayat orang mati dibunuh atau terbunuh, selalu kembali kepada jasad orang yang masih hidup. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keningau Kd | sejenis tumbuhan (pokok yg kulitnya manis); Cinnamomum zeylanicum. | Keningau berasal daripada nama pokok kayu iaitu "kayu manis" (sejenis rempah). Orang-orang Dusun memanggil daerah ini Keningau kerana daerah ini katanya terlalu banyak mengeluarkan kayu manis. Kayu manis menjadi barang dagangan kepada penduduk-penduduk di sini. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senggang Ib | sejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar. | Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ratak Kd KB | sejenis roh jahat. | 29. Ratak Roh ini pembawa kudis, selalu menyerang manusia di bahagian kaki, tinggal di tanah, berasal dari air pencuci kaki. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb bertanggungjawab terhadap sintesis semula AMP daripada adenina dan fosforibosilpirofosfat. (KIM) adenitis (adenitis) Inflamasi kelenjar. (UBAT) adenoblast (adenoblas) Sel kelenjar yang masih pada peringkat muda. (BIO) adenocarcinoma (adenokarsinoma) Sejenis karsinoma yang berasal daripada tisu kelenjar atau yang menyerupai tisu kelenjar. Karsinoma jenis ini dapat dikelaskan mengikut corak susunan selnya yang paling ketara seperti adenokarsinoma alveolar atau mengikut hasil tertentu sel tersebut seperti adenoidectomy (adenoidektomi) Pembuangan adenoid secara pembedahan. (UBAT) adenoids (adenoids) Hipertrofi tonsil farinks pada nasofarinks kanak-kanak. (UBAT) adenoma (adenoma) Tumor benigna pada epitelium yang mempunyai struktur menyerupai kelen- jar atau berasal daripada epitelium kelenjar. Contohnya, adenoma tubular. (UBAT) adenomere (adenomer) Bahagian kelenjar yang berfungsi dan biasanya terletak di bahagian yang ter- tutup pada ruang yang sedang berkembang. (BIO) adenomyoma (adenomioma) Tumor
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berasal | [be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
bahan semula jadi | natural material | Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum. | Sekolah Rendah |
sebatian tak organik | inorganic compound | Sebatian yang berasal dari bahan bukan hidup. | Menengah Atas |
batu | stone | Benda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi. | Sekolah Rendah |
bendalir tisu | tissue fluid | Cecair luar sel yang terdapat dalam ruang antara sel dan mengandungi bahan-bahan yang berasal dari plasma darah kecuali eritrosit dan molekul protein plasma yang bersaiz besar. | Menengah Atas |
struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal |
|
Puisi |
---|
|
Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua.
Lihat selanjutnya... |
|