Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]? | Perkataan yang sesuai ialah gembur. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TK | Lantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana asal ditugal, adalah benih. apakah maksud peribahasa tersebut? betulkah penggunaannya? | Makna peribahasa ini ialah sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih. | Makna | 25.03.2010 |
Apakah sinonim lain bagi vaksin | Perkataan lain untuk vaksin ialah benih cacar. | Istilah | 09.06.2009 |
ejaan bijibenih dekat atau perlu jarak jadikan dua perkataan? | Ejaan yang betul ialah biji benih. | Ejaan | 22.01.2012 |
Perluasan makna perkataan lembaga | Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); 2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga. | Makna | 16.09.2009 |
Makna perkataan "keturunan" adakah mengikut pada keturunan bapa atau ibu atau kedua2nya sekali atau boleh dianggap salah satu dari keturunan ibu atau bapa | Puan Normala, Jika puan melihat makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat. Manakala bidang antropologi pula kata "patrilineal descent " membawa maksud keturunan nasab-bapa/ keturunan patrilineal. Oleh itu, keturunan sebelah bapa atau ibu boleh digunakan kedua-duanya berdasarkan tafsiran literal seperti di atas. | Istilah | 03.03.2009 |
ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa | Apa itu Cerpen
Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.
ATAU
Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?) Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?
Definasi untuk sebuah novel
Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.
Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.
Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.
ATAU
Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.
Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis) ... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.
Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.Azmah Nordin | Lain-lain | 08.09.2009 |
Saya Mahasiswa Universiti Islam Yala Thailand ingin soal perkenaan tentang apa perbezaan antara cerpen dengan novel wassalam. | Apa itu Cerpen

apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i | MAKNA APITAN meN…kan - Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
- Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
- Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan…
APITAN meN…i - Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
- Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
- Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:
mengakui = mengaku akan/tentang mempercayai = percaya kepada - Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,
* menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…
| Tatabahasa | 13.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih |
|
Puisi |
---|
|
Pokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia.
Lihat selanjutnya... |
|