Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pohon geti bunga serangkul, Ambil galah tergawang-gawang; Kalau benci khabarlah betul, Tidaklah kami berulang-ulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bangsal kongsi di Kuala Nerang, Mengukus serikaya dalam sabut; Kalau benci jangan dikenang, Nama saya jangan disebut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambillah nyelik hempas ke batu, Talilah sabut anyam berdiri; Jikalau benci kepada aku, Jauhlah jauh melari diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benci

Puisi
 

Pohon geti bunga serangkul,
     Ambil galah tergawang-gawang;
Kalau benci khabarlah betul,
     Tidaklah kami berulang-ulang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...