Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Meranti kayulah meranti, Mari dirintis beri bertali; Belum dapat belum berhenti, Di dalam hati berani mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Budak-budak menampung amin, Anak murid menghadap guru; Harimau jangan main, Belum kena belum tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil air dari perigi, Ada yang dijinjing ada ditatang; Belum disuruh sudah pergi, Belum dipanggil sudah datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil bilah di rumpun jering, Jering bersanggit di batang pinang; Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menanglawan/belum

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum cukup

Puisi
 

Meranti kayulah meranti,
     Mari dirintis beri bertali;
Belum dapat belum berhenti,
     Di dalam hati berani mati.



Lihat selanjutnya...