Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Belayar dari Mengurung, Patah tiang layang-layangan; Sudah mendapat bunga tempisung, Akan dibuang sayang-sayangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sekoci belayar di Lautan Hindi, Singgah sebentar mengangkat taut; Jangan dibiar kedapatan budi, Takut kecundang kasih berpaut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang.
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,

Puisi
 

Belayar dari Mengurung,
     Patah tiang layang-layangan;
Sudah mendapat bunga tempisung,
     Akan dibuang sayang-sayangan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
279

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul belayar sambil memapan, merapat sambil belayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...