Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bukan mudah orang berhelat, Belanja cukup adat pun tahu; Bukan mudah memegang adat, Selama hidup mengingat malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ramai orang di tengah pasar, Mahu belanja barangnya cukup; Pandai orang kerana belajar, Ilmunya ada senanglah hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok belat dapatlah ikan, Dapat dijual penambah belanja; Elok adat selamatlah badan, Taat beramai tabah bekerja.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hari minggu jalan ke pasar, Di sana belanja membeli udang; Hatiku pilu rasa terbakar, Bunga kupuja dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiak-tiak orang berinai, Orang berinai merah di jari; Saya tak ada belanja tunai, Kami datang menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.



Lihat selanjutnya...