Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.

Takrif

Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Takrif

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar suap daripada mulut.

Takrif

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Takrif

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.

Takrif

Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil bahan besar penimpanya.

Takrif

Belanja lebih banyak daripada penghasilan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk tiga, keluar empat.

Takrif

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk lima keluar sepuluh.

Takrif

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sempit bertelempu, lega berlunjur.

Takrif

Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi duduk daripada cangkung.

Takrif

Besar belanja daripada hasil pencarian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.



Lihat selanjutnya...