Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat manakah betul penggunaan penanda wacana memberi contoh? 1. Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. 2. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Mohon penjelasan. Terima kasih.Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Kedua-dua ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa29.04.2015
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan perbezaan terjemahan Bahasa Inggeris bagi mas kahwin (mahar) dan belanja hantaran. Mengikut pemahaman saya, kedua-duanya adalah 'dowry'. Sila jelaskan. Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "dowry" ialah mahar, hantaran kahwin atau mas kahwin. Istilah "belanja hantaran" tidak ada dalam pangkalan data kami.Istilah11.07.2013
Mereka mencadangkan untuk belanja kawan -kawan Maniam di restoran di hotel mereka. Adakah struktur ayat tersebut betul?Struktur ayat yang betul ialah: Mereka mencadangkan untuk membelanja makan kawan-kawan Maniam di restoran, hotel mereka. Tatabahasa26.07.2021
Salam sejahtera, Adakah "Overspent" sesuai diterjemahkan kepada "Terlebih belanja" atau "Terlebih berbelanja"? Contoh ayat: Overspent by her kids during summer. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, overspend bermaksud berbelanja berlebih-lebihan. Oleh itu, overspent boleh dimaksudkan sebagai telah berbelanja berlebih-lebihan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
apakah padanan yang sesuai bagi menerjemah ayat/perkataan ini kepada bahasa inggeris: 1. Maklumat Wali 2. Maklumat Saksi 3. Perakuan Ta'liq 4. Belanja Hantaran 5. maklumat pasangan 6. tertalaq dia dengan cara talaq Khul' (tebus talaq) untuk makluman ayat ini digunapakai dalam sijil perakuan perkahwinan negeri selangorUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
apakah terjemahan yang betul untuk "Trick or Treat", yang sering digunakan semasa perayaan Hallowen. T.kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Terjemahan "trick or treat"  ialah muslihat atau belanja

Sekian, terima kasih.
Istilah22.10.2018
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujurAntara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my .Lain-lain01.10.2006
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi.Istilah19.03.2015
Mohon pengesahan sama ada terjemahan bagi perkataan outgoings dan konteks ayat di bawah adalah tepat. Apakah padanan lain yang difikirkan sesuai bagi perkataan outgoings. Teks Bahasa Inggeris 23. (1) A fund to be known as the Co-operative Institute of Malaysia Fund (hereinafter referred to as the Fund) is established (a) from which shall be paid such outgoings as are directed by this Act to be paid out of the Fund; Teks Bahasa Melayu 23. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Institut Koperasi Malaysia (kemudian daripada ini disebut Kumpulan Wang) ditubuhkan (a) yang daripadanya hendaklah dibayar apa-apa belanja pasti sebagaimana yang diarahkan oleh Akta ini supaya dibayar daripada Kumpulan Wang;Padanan bahasa Melayu bagi "outgoings" dalam konteks ayat tersebut ialah belanja pasti atau bayaran pasti.Lain-lain22.10.2021
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja

Puisi
 

Kuala Jengal pasir melayang,
     Nampak dari Teluk Belanja;
Saya sungguh berasa sayang,
     Di situ tempat hendak bermanja.



Lihat selanjutnya...